Tuesday, November 24, 2009

Kisah Perjalanan Anggun D' Chanteq

Entry kali ni, aku nak bercerita kisah perjalanan aku bersama
Anggun D' Chanteq
...
Nama Anggun D' Chanteq diberi oleh besfren aku
AIN SYAIRAH...
Tercetus idea masa die dalam bas nak balik ke Terengganu... :)
Die terus sms & bagitau nama tu pada aku...
So, dengan rasminya Anggun D' Chanteq jadi milik aku...
Aku tubuhkan Anggun D' Chanteq saat aku mula belajar solekan...
Kalau nak cerita pasal minat ni ntah le...
Tapi aku mula minat masa aku kerja kat Warta (Bangi)...
Jumpa ramai sangat photografer & mak andam...
Masa tu ler timbul minat dalam solekan...
Kebetulan pulak aku dapat offer kerja ofis, lagi ler berkobar2 keinginan aku tu (sabtu ahad kan cuti - banyak masa)...
Sifu aku KAK DINIE dari Nilai (aku jumpa kat Warta)...
Dengan die aku belajar & banyak dapat ilmu...
Aku start belajar bulan 4 @ 5 tahun 2008 (tarikh lupa ler)...
Aku start make up pada 1 Jun 2008...
Korang mesti nak tahukan sapa 1st customer aku??
1st customer yang aku kalerkan mukanya ialah IZAN...
Izan ni mmg happy go lucky, seronok bekerja dengan die...
[pic aku akan upload nanti, nak kena cari dulu]...
Selepas tu, bermulalah kerjaya aku sebagai
Tukang Make Up...
Hehehe...
Jauh jugak aku menjelajah...
Ke Pahang, Terengganu, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor & area KL...
Seronok sangat dapat buat orang cantik...
Selepas jauh berjalan, aku terpikir 1 lagi bisnes...
Nak tau apa?? PHOTOGRAPHY ler...
Maka wujud ler ZUBAIDE PHOTOGRAPY...
Mr Zubaide adalah photografer tetap
Anggun D' Chanteq...
Mana pergi memang bersama...
Kalau salah seorang ada job pun, dua2 akan ada...
Kalau Zubaide Photography ada job, aku akan ikut...
Maklum ler aku akan ajar pengantin macamana nak pose...
Sampai letih pengantin aku dera...
Tapi hasilnya usah cerita ler... Cukup memuaskan...
Macam2 stail ada... :)
Sekejap jer masa berlalu, dah setahun setengah
Anggun D' Chanteq ditubuhkan...
Sekarang aku tengah merancang untuk meluaskan lagi empayar perniagaan aku dalam bidang Perkahwinan & Pertunangan (impian aku semenjak aku mula berjinak2 dengan dunia persolekan)...
InsyaALLAH pada awal tahun 2010, aku akan menyediakan Pakej Lengkap Perkahwinan & Pertunangan
(pelamin, baju, aksesori & photography)...
Aku buat kecil2 dulu dari rumah (xmampu nak beli kedai lagi)...
Langkah pertama, aku akan ke JAKARTA & BANDUNG...
Jumpa aku di entry akan datang...
Aku akan bercerita kisah Jakarta & Bandung kat korang semua...
Bye...

2 comments:

  1. sungguh menarik jalan cerita ini...semoga berjaya dlm perniagaan...
    http://crewphotography.fotopages.com
    http://dayangspa.fotopages.com

    ReplyDelete
  2. crewphotography| thankz alot... byk cerita lagi nie.. jgn lupa kunjungi lg blog sy... :)

    ReplyDelete